Hukum Sihir

1- Hukum Orang Yang Mempelajari dan Mengamalkan sihir adalah Haram.

Sebahagian besar Ulama' Salaf menyatakan bahawa mempelajari ilmu sihir adalah HARAM.Sementara orang yang mengamalkan sihir dihukumkan sebagai KAFIR.

Firman Allah: "Sedang Ahli Sihir itu tidak akan beroleh kejayaan di mana saja dia berada" (Surah Taha Ayat 69)

2- Hukum Menemui Tukang Tilik Nasib atau Tukang Ramal

Menemui tukang tilik bagi mengetahui untung nasib atau ramalan masa hadapan adalah haram dan berdosa.

Rasulullah S.A.W ada bersabda: " Barang sesiapa yang menemui tukang tilik lalu bertanyakan sesuatu kepadanya kemudian dia mempercayainya maka solatnya tidak diterima Allah selama empat puluh hari" (Hadis Riwayat Muslim)

Pandangan Ulamak:

Al-Azhari berkata: Sihir adalah perbuatan yang di dalamnya mendekatkan diri kepada syaitan dan mengharapkan pertolongan darinya.Hukum perbuatan sihir adalah Haram dan Dosa Besar.

Ibnu Faris berkata : Sihir adalah menampakkan sesuatu yang batil (salah) dalam gambarannya haq (benar).Syam meriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah dan berkata : " orang Arab menamakan sesuatu itu dengan sihir kerana ia memindahkan sesuatu yang sihat kepada yang sakit"

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata; Sihir adalah ikatan,penawar dan perkataan atau tulisan mantera yang ia berkata dengannya atau melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bekasnya ditubuh orang yang terkena sihir atau hatinya, aqalnya dengan cara tidak langsung. Ia merupakan satu hakikat yang nyata kerana diantara mangsanya itu ada yang mati ,sakit, gila, suami tidak mahu mencampuri isterinya begitu juga sebaliknya, bercerai, tunduk, timbul kebencian dan kemarahan atau mengujudkan perasaan cinta dalam paksa.

Dari Shafiyyah binti Huyai R.Anha bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:"Sesungguhnya syaitan menyelusup ditubuh anak Adam di dalam pembuluh darahnya" ( Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya wujudnya sihir adalah suatu perkara yang benar. Islam juga telah mengajarkan kaedah rawatannya mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.