Pelindung Diri

Ruqyah Syar'iyyah / Pelindung Diri

Kaedah rawatan atau pelindung diri menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran, Asma'-asma' Allah yang Agung dan Doa-doa Rasulullah S.A.W. Ia boleh dijadikan amalan harian sekeluarga atau menjadi cara rawatan gangguan.

Pesakit akan duduk mengadap kiblat atau berbaring dan Perawat akan memegang ubun-ubunya ketika membuat bacaan Ruqyah. Jika pesakit adalah wanita hendaklah ditemani oleh mahramnya. Bacaan Ruqyah yang selalu dibacakan kepada pesakit yang telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmidzi juga disebut sebagai 'manzil'. 

Ubai bin Kaab R.Anhu meriwayatkan : " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.Wasallam ,datang seorang Badwi kepada Baginda seraya berkata: " Ya Rasulullah saya ada seorang saudara yang ditimpa penyakit" Baginda bertanya "Penyakit apa" Jawabnya " sejenis gila" Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya kepada Rasulullah S.A.W. lalu Baginda membacakan kepadanya : 
1.Surah Fatihah 
2.Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 4 
3.Ayat Kursi - bermula waila hukum ilahu wahid 
4.Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257 
5.Surah Al-Baqarah ayat 284,285 dan 286 
6.Surah Al-Imran ayat 18 
7.Surah Al-Mukminun ayat 118 
8.Surah As-Shaffat ayat 1 hingga 10 
9.Surah Al-Hasyr ayat 22 hingga 24 
10.Surah Jin ayat 1 hingga 3 
11.Surah Al-Ikhlas 
12.Surah Al-Falaq 
13.Surah An-Nas 
Kemudian orang itu pun bagun dan beredar dari situ dalam keadaan sihat.Penyakitnya telah hilang "

Sila buka al-Quran dan terjemahannya untuk mendapatkan manfaat yang maksimu terhadap pengamalan manzil