Tanda-tanda gangguan jin, sihir atau keturunan

Ada 3 jenis gangguan makhluk halus / ghaib yang sering dialami manusia: 
1- Gangguan jin (penduduk asal sesuatu tempat yang tidak dipindahkan)
2- Penghantaran sihir (berunsurkan dendam dan dihantar kepada mangsa agar mangsa binasa)
3- Gangguan keturunan ( "penjaga" yang diturunkan oleh nenek moyang agar menjaga semua generasi keturunannya)

Tanda-tanda anda ada gangguan ghaib / halus:
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk. 2
5) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Syaitan atau jin boleh meresap kedalam darah dan tubuh manusia kerana salah satu dari unsur jamani/jasad manusia adalah dari unsur yang sama iaitu unsur api.

Jenis
Manusia
Jin
Syaitan
Agama
Islam / Kafir
Islam / Kafir
Kafir
Unsur Jasad
Tanah, Api, Air, Angin
Api
Api
Unsur Roh
Nur  / cahaya (Islam)
Hitam (kafir)
Nur  / cahaya (Islam)
Hitam (kafir)
Hitam

Firman Allah Ta'ala :
وخلق الجا ن من ما رج من نار
(Surah Ar-Rahman ayat 15)
Maksudnya: Dan Allah telah ciptakan jin itu dari lidah api

Dalam masyarakat Melayu wujud kepercayaan pada pontianak, jembalang, polong, toyol, hantu raya dan lain-lain lagi kesemua benda itu adalah jin-jin kafir yang menjadi kuncu Syaitan.